Coretan nan random – Februari 2013

Itulah dia, tahun lepas beria-ia nak tulis blog, habistu tahun ni habuk pon tadak! Haiii, badan, badan.  Apalah nak jadi. Memang banyak kehidupan yang aku perhatikan dan alami di Thailand. Setakat ni, sudah kesemua empat penjuru Thailand aku jengok (“jelajahi” mungkin perkataan yang terlalu gah dalam konteks ni) – Chiang Rai dan Chiang Mai di utara, Ubon Ratchatani di Timur Laut (Isaan bagi org Thai itu sendiri), Kanchanaburi di barat, dan bumi Patani di selatan. Dan sememangnya Bangkok bagi aku sememangnya tidak asing lagi. Sekerap yang boleh aku balik ke KL untuk menziarah orang tua, sepertimana yang aku buat sekarang ini.

Pejam celik pejam celik dah 10 bulan aku tinggal di bumi Thailand. Tatkala orang Siam berbual, diam tak diam dapat jugak aku tangkap isi perbualan diorang. Kadang-kadang banyak yang aku dapat tangkap, kadang-kadang tak berapa sangat. Walau apapun, memang syukur Alhamdulilah, memang ada peningkatan. Yang paling aku puas, bukan riak atau sombong, cuma bangga bertempat, ialah sekarang aku sudah pun boleh membaca tulisan Thai. Masa belajar tu teringat masa mula2 mengaji Muqaddam masa kecik2 dulu – memang merangkak mula2, mana nak tengok tajwidnya dengan ikhfak, idgham, iqlab, semuanya kena keluar sekali. Lebih kurang samalah, bahasa Thai ni kita kena perhatikan empat perkara iaitu konsonan kelas, vowel pendek/panjang, penanda tona dan samada duku kata hidup/mati. Ya, aku sudah boleh membaca tulisan Thai, namun masih perlahan.

Bahasa Thai ni, bagi mata orang Melayu, memang akan diibaratkan seperti cacing. Tulisan tangan aku memang dari dulu tulisan sambung, cursive writing, jadi bagi aku memang tak kekok nak tulis huruf Thai, bila nak dibandingkan dengan member2 lain yang sekali  belajar kat dalam kelas. Kat Chula (tapi kalau dalam bahasa Thai tu sendiri drg panggil Chulalongkorn University, sama macam English, khas untuk uni terawal drg ni) kebanyakan pelajar lain datang dari Jepun. Kat AUA pulak, kebanyakannya mat saleh, ataupun farang, istilah yang digunapakai oleh jiran utara kita.

Siang tadi aku ke Ulu Kelang, pegi tempat pencetak Dewan Bahasa dan Pustaka, beli kamus Melayu-Thai. Lepas kawasan Datuk Keramat, kedai buku Dawana namanya. Walaupun aku tengah belajar bahasa jiran, memang hati dan jiwa aku ni terasnya memang Melayu. Hahaha. Memang ramai kawan aku akan setuju. Seronok dan teruja dapat belek buku2 kat kedai tu tadi. Hampir sejam jugaklah. Sebelum tu pulak aku dah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, tengok buku2 kat Pustaka Mukmin. Kalau orang tengok mungkin aku dipanggil geeky lagi nerdy. Nak buat camane, dah dari dulu memang tabiat suka lepak kat kedai buku! 🙂

Aku ada harap haritu yang pilihanraya akan diadakan masa kebetulan aku balik kali ni, tapi memang tak sempat dah lah. Hujung minggu ni aku akan balik ke Bangkok. Orang Thai dengan baju kuning dan baju merahnya. Kita pulak dengan BN/BAnya. Siapa yang akan menang kali ni? Wallahualam. Aku pemerhati di bumi Bangkok; aku anak kelahiran Kuala Lumpur.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s