Kamus Dwibahasa Melayu Thai

Pertama kali saya hendak mempelajari bahasa Thai, saya dapati memang terlalu banyak buku berbahasa Inggeris di persada awam yang sememangnya mudah dibeli di mana-mana toko boko. Namun, bilangan buku berbahasa Melayu terlalu sedikit; memang daif sekali jika hendak dibandingkan.

Dalam pada itu, terdapat juga satu dua naskhah di luar sana yang saya syorkan kepada sesiapa sahaja yang serius untuk mendalami bahasa, iaitu kamus Melayu-Thai.  Dua buah kamus yang memang masih berada di dalam pasaran ini adalah Kamus Thai-Melayu Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kamus Bahasa Melayu-Thai, terbitan Penerbit Universiti Malaya.

Kiri: Terbitan DBP, kanan: Terbitan UM

Kiri: Terbitan DBP, kanan: Terbitan UM

Kamus Thai-Melayu Dewan

Saya suka kamus terbitan DBP ini kerana ia mengandungi ayat-ayat contoh bagi sesetengah entri yang memudahkan pemahaman sesebuah kosakata itu.

IMG_0754

Kamus Thai-Melayu Dewan ISBN: 9789836298058

Namun, yang ketara ialah kebolehan membaca Thai itu perlu untuk menggunakan kamus ini, kerana susunan entri kesemuanya adalah menggunakan abjad Thai, bermakna pengguna perlu tahu sesebuah perkataan Thai itu untuk mencari makna di dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh yang di atas, perkataan Thai “พูด” bermakna bercakap atau berkata.  Secara jujur, saya berpendapat kamus ini lebih mudah bagi orang Thai yang mula mempelajari bahasa Melayu berbanding orang Melayu yang ingin mempelajari bahasa Thai. Walau apapun, ia juga masih sesuai untuk kita yang berbahasa ibunda Melayu, yang mempelajari bahasa Thai di peringkat pertengahan. Pada peringkat ini kita seharusnya sudah boleh membaca huruf Thai.

Harga kamus setebal 428 mukasurat ini ialah RM40, tetapi selalunya Dawama akan memberi diskaun 10%.  Kamus ini adalah hasil kerjasama Dewan Bahasa Pustaka dan Universiti Prince of Songhkla serta Universiti Pendidikan Sultan Idris.  Ia masih di dalam cetakan pertama, tahun 2008.

Kompleks Dawama,
Lot 1037, Jalan AU3/1,
54200 Ampang/Hulu Kelang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 – 4107 4233/4286
Faks: 03 – 4108 4235
E-mel: dawamasb@gmail.com

 

Kamus Bahasa Melayu-Thai

Saudara dan saudari yang baru sahaja berjinak-jinak dengan bahasa Thai akan memerlukan kamus yang entri asal itu sendiri adalah dalam bahasa Melayu. Saya dapati kamus ini amat mudah digunakan. Cuba lihat sendiri.

Kamus Bahasa Melayu-Thai ISBN: 983-100-063-3

Perkataan Melayu “borak” bermakna พูดคุย, disebut phuut (nada jatuh,vokal panjang) khui (nada biasa, vokal pendek). พูด/phuut it sendiri bermakna cakap, manakala คุย/khui bermaksud sembang. Di sini pula kita dapati yang kamus ini memberi penjelasan bagaimana hendak menyuarakan nada yang betul bagi sesebuah perkataan Thai itu. Ini penting kerana nada yang salah akan memberi makna yang berlainan, langsung akan kedengaran sebagai mengelirukan, pelik atau lucu.

Kamus yang dikarang oleh Siti Asiah Kancana ini mempunyai 481 mukasurat dan berharga RM20. Kamus UM ini diterbitkan terlebih dahulu daripada kamus DBP, iaitu pada tahun 1998, dan masih lagi di dalam cetakan pertama.

University of Malaya Press, Pantai Valley, 50603, Kuala Lumpur Tel: 603-7957 4361/ 603-7967 5906 Fax: 603-7957 4473 E-mail: terbit[a]um.edu.my

Saya telah ke UM dan Dawama sendiri untuk membeli naskhah kepunyaan saya. Bagi mereka yang di luar KL atau Lembah Kelang, kedua-dua pencetak ini menyediakan perkhidmatan belian online dan kiriman melalui pos ,jadi masih senanglah untuk saudara dan saudari berurusniaga.

Sedikit sebanyak saya berharap  sumbangan ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang mencari sumber pembelajaran bahasa Thai di dalam bahasa Melayu. Selamat belajar! สู้ สู้

Advertisements

2 responses to “Kamus Dwibahasa Melayu Thai

  1. Saya nak bljr bhs thai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s