Kisah dua beradik nelayan Melayu-Cham Kemboja

Yusuf dan Ismail

Allahyarham Yusuf dan Ismail

 

Diceritakan oleh ibu mereka, Kong Sarifas

Kedua-dua anak saya berpelajaran. Mereka boleh membaca dan menulis bahasa Khmer, Cham (bahasa orang Islam di Kemboja), Arab dan Melayu. Ismail juga menuntut ilmu sakti, dia belajar bagaimana untuk mengghaibkan diri dan mengubah arah tujuhala peluru.

Kami tinggal di Kampung Khleang Sbek di daerah Kandal sewaktu pemerintahan rejim Lon Nol. Menjelang tahun 1973, pertempuran makin meruncing di situ maka kami berpindah ke Chraing Chamreh. Tapi setelah beberapa lama, suami saya menyesal kehilangan rumah beliau, lalu membawa Yusuf dan Ismael, serta anak perempuan saya Mari balik ke Khleang Sbek supaya mereka boleh menangkap ikan; beliau berkata tiada apa yang boleh dibuatnya di Chraing Chamreh. Kemudiannya saya mengajak mereka datang balik. Suami berkata beliau dan anak-anak laki kami takkan kembali,  tapi saya boleh membawa Mari pulang. Kami sampai di Chraing Chamreh petang itu. Keesokan paginya kesemua jalan ditutup dan saya tidak pernah  tengok suami dan anak-anak laki saya lagi.

Orang kampung beritahu yang mereka ada nampak dua orang pemuda yang kulitnya macam orang Vietnam; mereka sedang cuba mencari ibu mereka. Seorang lelaki berkata yang beliau ternampak mereka diangkut oleh orang Angkar untuk dibunuh. Orang kata salah seorang daripada mereka berambut kerinting, dan yang lagi seorang berambut lurus. Mendengar cerita ni, hati saya hancur berkecai. Saya tahu yang ianya anak-anak lelaki saya.

 

Kisah ini dipetik daripada catatan di Muzium Tuol Sleng (S-21), Phnom Penh, Kemboja. Lawatan pada bulan September 2012.

Saya terfikir, sewaktu segala kejadian kejam sebegini berlaku di Kemboja, adakah rakyat negara-negara jiran benar-benar tahu kejadian sebenar atau mengambil peduli? Terbit rasa syukur  menjadi rakyat negara yang aman. Juga timbul rasa kagum dan hormat atas keperibadian masyarakat Kemboja yang telah melalui pahit maung sebegini tidak terlalu lama dahulu.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s